Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע, Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.
Gereja adalah tempat ibadat bagi umat Kristian
- Jesus Christ
Jesus Christ (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus Kristus", dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumuran Minyak" (Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar sebagai "Yesus Kristus".
Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Pembaptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom. Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Yesus.
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.
- Hari Easter
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.
- Perjanjian Lama
Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament ) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.
- Perjanjian Baru
Perjanjian Baru (bahasa Inggeris : New Testament) adalah kitab kedua dalam kitab suci agama Kristian. Bahagian pertama dikenali sebagai Perjanjian Lama atau Tanakh oleh orang Yahudi.
- Kritikan
Sepanjang sejarah Kristian, ramai telah mengkritik Kristian, gereja, dan Kristian sendiri. Beberapa kritikan yang khusus menangani kepercayaan Kristian, ajaran-ajaran dan tafsiran kitab. Sambutan rasmi Kristian kepada kritikan itu digambarkan sebagai Kristian pembelaan suatu pendirian.
Beberapa bidang kritikan termasuk beberapa tuntutan kitab itu sendiri, etika tafsiran Alkitab yang telah digunakan dalam sejarah untuk menjustifikasikan sikap dan tingkah laku yang dilihat oleh pengkritik sebagai jelas nyata, soalan keserasian dengan sains, dan doktrin Kristian tertentu bahawa beberapa mendapati tidak menyenangkan atau tidak munasabah.
- Reformasi Protestan
Pada 31 Oktober 1517, di Saxony (di dalam kawasan yang kini dipanggil Jerman), Martin Luther memakukan 95 Dalil-dalil di pintu Gereja Istana Wittenberg, yang berperanan sebagai papan notis bagi pengumuman-pengumuman berkaitan hal-ehwal universiti.[1] Dalil-dalil ini merupakan hujah-hujah bagi perbahasan yang mengkritik institusi gereja dan Paus. Hujah-hujah yang paling kontroversi mensasarkan amalan penjualan pengampunan dan dasar gereja berkenaan neraka sementara (Purgatory). Golongan pembaharuan yang lain seperti Ulrich Zwingli dan John Calvin kemudiannya menurut jejak langkah Luther. Amalan dan kepercayaan gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini termasuklah neraka sementara, azab kubur, penyembahan Maria, pelantikan dan penyembahan wali-wali, kebanyakan doa pemujaan, amalan pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.
Denominasi Kristian yang paling penting yang mucul hasil daripada gerakan pembaharuan ini ialan Lutheran, Presbyterian dan Anabaptis. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri sebagai Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunya sebaba-sebab dan kesan-kesan yang berbeza di England, yang menyaksikan kemunculan Gereja England. Di sana zaman tersebut dikenali sebagai Reformasi Inggeris. Denominasi Protestan selepas itu, secara amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan pembaharuan ini turut mempercepat Reformasi-Lawan atau Reformasi Katholik di dalam Gereja Katholik.
- Asas-asas ajaran dalam ajaran Kristian
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)
Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan
telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah
melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di
sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman
Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden†(sila lihat
The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran).
Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari
syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu
keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan
akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak
lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut
perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan
kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa
seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu
dengan kematian Anak Tuhan.
Doktrin anak tuhan (The sonship of God)
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah
menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan
dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus
Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana
jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah
sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus
telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui
proses kelahiran manusia yang biasa.
Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)
Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya
menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka
bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma
(Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah
berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan
juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan
kristian seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan juga
golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.
Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus
Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara
rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya
mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan
tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang
lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan
bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa
yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama
kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak
dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan
kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang
membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang
diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin
yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.
Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)
Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama Kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya
bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia
untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan
manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya
bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.
Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian
sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam
mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana
doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran
Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah
kegerejaan yang mereka agung-agungkan.