Wednesday, 30 May 2012

Agama Buddha


Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.
Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).


                                                   
                  Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia     

                              Sitting Buddha, Wat Pho, Bangkok         

Gautama Buddha

Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka.
Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak akan tidak puas hati dengan kehidupan yang sedia kerana ramalan Asita. Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhārtha mungkin menyebabkannya menjadi sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang yang dilahirkan akan menjadi tua, sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang suci apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesusahan dalam kehidupan.
Siddhārtha cuba menyekat hawa nafsunya dan belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi tidak mencari penyelesainya untuk kesusahan dalam kehidupan walaupun kemampuannya sudah melebihi gurunya. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehnya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Tengah", iaitu jalan yang tidak menyeksa diri atau menjadikan diri leka dalam hawa nafsu. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada semua orang di bahagian utara timur India.


Kemasukan agama Buddha ke dalam Asia Tenggara dan Asia Timur.

Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi tersebut, berbagai-bagai aspek kehidupan dari India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran Sindharta Gautama Buddha. Pada peringkat awal, agama ini berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan Asia Timur amnya terbahagi kepada 2 fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Buddha Hinayana. Apa yang didapati, penyebaran agama Buddha ini telah mendapat tempat di Asia Tenggara terutama di Tanah Besar Asia Tenggara dan di Asia Timur. Jika dibandingkan dengan penyebaran agama Hindu, agama Buddha telah mendapat tempat yang lebih berbanding agama Hindu. Agama Hindu lebih mendapat tempat daripada golongan bangsawan dan raja-raja. Hal ini sebab di dalam fahaman agama Hindu, wujud konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Justeru itulah, agama Buddha telah mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.

Di Asia Tenggara, fahaman agama Buddha yang tersebar di sini ialah agama Buddha fahaman Theravada. Ajaran agama Buddha Theravada dikatakan lebih mirip kepada fahaman agama Buddha yang asal. Ajaran ini telah tersebar hingga ke sebelah Timur. Antara negara-negara yang paling kuat menerima pengaruh agama ini ialah Thailand, Myanmar, Kampuchea dan Laos. Kesan-kesan tinggalan ajaran ini di negara-negara tersebut masih wujud misalnya bangunan Angkor Wat di Kampuchea. Kedatangan ajaran agama Buddha ke Tanah Besar Asia Tenggara sebenarnya telah berlaku pada kurun-kurun terawal masihi lagi. Hal ini terbukti melalui kesan-kesan tinggalan kerajaan-kerajaan klasik seperti Dvaravati (Mon) dan Funan. Kesan tinggalan kerajaan ini menunjukkan kekuatan pengaruh Buddha telah menular di tapak-tapak tersebut.

Sejak dari abad ke-16 lagi, Kerajaan Mon didapati tanggungjawab menyebarkan agama ini hingga ke negara Myanmar. Agama ini tersebar dengan luas sekali juga atas sokongan daripada golongan pembesar dan raja. Misalnya, usaha yang dimainkan oleh pemerintah Thai yang bernama Lopburi yang telah meminta rakyatnya supaya menukar fahaman-fahaman klasik seperti animisme dan kepercayaan kepada matahari kepada agama Buddha. Di Myanmar, agama Buddha telah mempengaruhi sebahagian daripada sistem kehidupan masyarakatnya. Undang-undang biara atau dikenali dengan Sangha telah dibentuk di Myanmar. Raja-raja Myanmar juga kini bertindak sebagai penaung kepada agama Buddha. Raja-raja juga menggalakkan pembinaan kuil Buddha dengan lebih banyak.

Bagi masyarakat di Asia Timur, mereka lebih terdedah kepada fahaman ajaran Buddha Hinayana. Secara keseluruhan, intipati ajaran ini agak berbeza daripada fahaman yang asal. Hal ini kerana fahaman ini telah mengalami asimilasi dan penyesuaian dengan cara hidup masyarakat tempatan. Namun begitu, intipati asal ajaran Buddha tidak diubah. Perkembangan ajaran Buddha Hinayana didapati bermula di China sejak abad ke-3. Oleh sebab ajaran Buddha mudah difahami dan tidak menekankan hidup berhieraki maka penyebarannya lebih luas.

Selain itu, fahaman agama ini digunakan untuk menenang keadaan apabila negara di dalam keadaan huru-hara. Namun begitu, penyebaran agama Buddha ini mendapat tentangan daripada ajaran tempatan yang lain seperti Confucius dan Shintoisme. Pemerintah China juga didapati menggunakan petua ini untuk menenangkan keadaan huru-hara. Di Jepun, proses asimilasi dengan ajaran Shintoisme dilakukan.

Secara keseluruhannya, ajaran Buddha mendapat sambutan baik di Asia Tenggara. Namun begitu, penyebaran ini di Asia Timur mendapat sedikit tentangan. Agama Buddha dianggap sebagai ajaran yang bersifat sederhana.








No comments:

Post a Comment