Wednesday 6 June 2012

agama islam


  AGAMA ISLAM




             Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah , kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".
             Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.

  


Rukun Iman

--  Allah

              Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah Allāh; kebanyakan ilmuwan percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata al- (yang/itu) dan ʾilāh (tuhan), bermaksud "Tuhan" (al-ilāh), namun yang lain menjejak asal usulnya daripada kata Arami Alāhā. Bangsa bukan Arab mungkin menggunakan nama lain untuk Allah, seperti "Tanrı" dalam bahasa Turki atau "Khodā" dalam Parsi. 
             Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan. Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan al-Rahim, bermakna "Maha Penyayang" (lihat Asmaul Husna).
            Dengan itu Muslim menolak doktrin Tritunggal Kristian, dan membandingkannya kepada politeisme. 


--  Kitab

             Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran, Taurat dan Injil, telah dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya.
             Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab.[32] Muslim percaya bahawa ayat Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah melalui malaikat Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8 Jun 632. Al-Qur'an dilaporkan telah ditulis oleh sahabat Nabi semasa baginda masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun pada zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah pentadbiran khalifah ketiga Uthman bin Affan. Al-Qur'an dibahagikan kepada 114 surah, atau bab, yang apabila digabungkan, mengandungi 6,236 ayat.
            Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding ajaran undang-undang, dan dianggap "buku sumber prinsip dan nilai Islam".Perkataan Qur'an bermaksud "pengucapan". Apabila Muslim bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang terjemahannya.

                                                              Kitab Suci Al-Qur'an



 --  Malaikat

           Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan Islam.Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki tekad bebas, dan menyembah Allah dengan kepatuhan sempurna.[37] Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara bagi pihak manusia. 


--  Nabi dan Rasul

         Muslim mengakui para nabi dan rasul sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an, semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa.

  


Lima Rukun Islam

-- Syahadah , iaitu fahaman asas ajaran Islam.  
-- Solat, atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. 
-- Puasa, iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh   hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
-- Zakat, atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu.
-- Haji, iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. 

  


Hukum dan Perundangan

             Hukum Islam tidak membezakan "hal masjid" dan "hal negara"; fungsi ulama sebenarnya adalah sebagai tokoh perundangan dan ahli teologi. Secara amalinya, pemerintah Islam kerap kali melangkaui bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mewujudkan sistem selari "mahkamah pengaduan", yang mana dikuasai mereka.
            Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".
            Banyak amalan jatuh dalam kategori adab, atau etika Islam. Ini termasuk menegur sapa yang lain dengan "as-salamu `alaykum" ("selamat sejahtera atas kamu"), menyebut bismillah ("dengan nama Allah") sebelum makan, dan menggunakan hanya tangan kanan untuk makan dan minum.Muslim mempunyai batasan dalam pemakanan mereka. Makanan haram termasuklah produk khinzir, darah, bangkai dan alkohol. Makanan yang dibenarkan untuk Muslim dikenali sebagai makanan halal.
           Bersunat bagi lelaki diamalkan secara meluas.
           Upacara pengebumian termasuk solat jenazah serta memandikan dan mengkafankan mayat, dan kemudian ditanam dalam kubur. 
           Jihad bermaksud "berusaha atau berjuang" (pada jalan Allah) dan dianggap "rukun Islam keenam" oleh minoriti Muslim Sunnah. Dalam makna yang lebih luas, jihad secara klasiknya ditafsirkan sebagai "berusaha sedaya upaya menggunakan kuasa, ikthiar atau kebolehan diri dalam melawan benda yang tidak dibenarkan."

 


Sejarah

  

--  (610–632)

             Nabi Muhammad s.a.w. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Baginda dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya, bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an, telah dihafal dan direkodkan oleh sahabat baginda.    Semasa zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah kepada orang Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya memeluk Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim berhijrah ke bandar Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada 622. Di sana, dengan mualaf Madinah (Ansar) dan pendatang Makkah (Muhajirin), Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad s.a.w. membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya. Pada 629 baginda telah menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah.


--  (632–650)

           Nabi Muhammad s.a.w. mula berdakwah menyebarkan Islam di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda menyatukan puak-puak Arab kepada sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632, perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai ketua umat Muslim.  Umar Al-Khattab, sahabatNabi Muhammad s.a.w. yang terkenal, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh sesetengah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang beranggapan bahawa Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai al-khulafā' ar-rāshidūn("Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim berkembang jauh ke wilayah Parsi dan Byzantine. Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644, pemilihan Uthman sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan pembangkang dalam perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula telah dibunuh oleh Khawarij pada 661. Berikutan ini, Mu'awiyah, yang merupakan gabenor Levant, mengambil kuasa dan memulakan Dinasti Umayyah. Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai "Fitnah Kedua".Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama 70 tahun.


--  (750–1258) awal abad ke-9

Tamadun Islam berkembang pesat pada "Zaman Kegemilangan Islam".


--  (750–1258) lewat abad ke-9

Perpecahan dan serangan berlaku.


--  (1030–1918)

Wangsa dan penaklukan baru berlaku.


--  (1918 – kini)

             Kebanyakan dunia Muslim di luar Empayar Uthmaniyyah telah diserap ke dalam empayar Eropah bukan Islam. Selepas kekalahan Perang Dunia Pertama, saki-baki empayar ini telah dibahagikan sebagai negeri naungan atau lingkungan pengaruh Eropah.Abad ke-20 memperlihatkan dunia Islam makin terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar. Sebagai gerak balas, banyak gerakan "pemulih" Islam dimulakan.

  


Kebudayaan


--  Masjid

            Masjid ialah tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian.

--  Takwim 

            Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah Hijrah pada 622 M, yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad s.a.w. Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (Anno Hegirae) dalam kalendar Islam dengan 19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun.
            Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa Ramadan, dan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah, serentak dengan haji ke Makkah.



Gambar yang lain tentang agama islam

Ukiran pada dinding ini kelihatan seperti daun tetapi ia juga membentuk perkataan, yang menunjukkan ketinggian kesenian Islam pada Alhambra.

No comments:

Post a Comment