Wednesday 6 June 2012

agama islam


  AGAMA ISLAM




             Islam ialah agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai kalam Allah , kata demi kata, serta ajaran dan contoh normatif nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".
             Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah pengasas agama baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.

  


Rukun Iman

--  Allah

              Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat hanya satu Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah Allāh; kebanyakan ilmuwan percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata al- (yang/itu) dan ʾilāh (tuhan), bermaksud "Tuhan" (al-ilāh), namun yang lain menjejak asal usulnya daripada kata Arami Alāhā. Bangsa bukan Arab mungkin menggunakan nama lain untuk Allah, seperti "Tanrı" dalam bahasa Turki atau "Khodā" dalam Parsi. 
             Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia; Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan. Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan al-Rahim, bermakna "Maha Penyayang" (lihat Asmaul Husna).
            Dengan itu Muslim menolak doktrin Tritunggal Kristian, dan membandingkannya kepada politeisme. 


--  Kitab

             Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir. Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran, Taurat dan Injil, telah dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya.
             Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab.[32] Muslim percaya bahawa ayat Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. oleh Allah melalui malaikat Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8 Jun 632. Al-Qur'an dilaporkan telah ditulis oleh sahabat Nabi semasa baginda masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun pada zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah pentadbiran khalifah ketiga Uthman bin Affan. Al-Qur'an dibahagikan kepada 114 surah, atau bab, yang apabila digabungkan, mengandungi 6,236 ayat.
            Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding ajaran undang-undang, dan dianggap "buku sumber prinsip dan nilai Islam".Perkataan Qur'an bermaksud "pengucapan". Apabila Muslim bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang terjemahannya.

                                                              Kitab Suci Al-Qur'an



 --  Malaikat

           Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan Islam.Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki tekad bebas, dan menyembah Allah dengan kepatuhan sempurna.[37] Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara bagi pihak manusia. 


--  Nabi dan Rasul

         Muslim mengakui para nabi dan rasul sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an, semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa.

  


Lima Rukun Islam

-- Syahadah , iaitu fahaman asas ajaran Islam.  
-- Solat, atau amalan sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. 
-- Puasa, iaitu berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh   hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.
-- Zakat, atau pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu.
-- Haji, iaitu ziarah semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. 

  


Hukum dan Perundangan

             Hukum Islam tidak membezakan "hal masjid" dan "hal negara"; fungsi ulama sebenarnya adalah sebagai tokoh perundangan dan ahli teologi. Secara amalinya, pemerintah Islam kerap kali melangkaui bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mewujudkan sistem selari "mahkamah pengaduan", yang mana dikuasai mereka.
            Unit asas dalam masyarakat Islam adalah keluarga, dan Islam mentakrifkan kewajipan dan hak ahli keluarga. Seorang lelaki boleh mempunyai hingga empat isteri jika si suami percaya dia boleh melayani mereka dengan adil, manakala seorang perempuan hanya boleh mempunyai satu suami. Di kebanyakan negara Muslim, proses penceraian dalam Islam dikenali sebagai talaq, yang lazimnya dilakukan suami dengan menyebut kata "cerai".
            Banyak amalan jatuh dalam kategori adab, atau etika Islam. Ini termasuk menegur sapa yang lain dengan "as-salamu `alaykum" ("selamat sejahtera atas kamu"), menyebut bismillah ("dengan nama Allah") sebelum makan, dan menggunakan hanya tangan kanan untuk makan dan minum.Muslim mempunyai batasan dalam pemakanan mereka. Makanan haram termasuklah produk khinzir, darah, bangkai dan alkohol. Makanan yang dibenarkan untuk Muslim dikenali sebagai makanan halal.
           Bersunat bagi lelaki diamalkan secara meluas.
           Upacara pengebumian termasuk solat jenazah serta memandikan dan mengkafankan mayat, dan kemudian ditanam dalam kubur. 
           Jihad bermaksud "berusaha atau berjuang" (pada jalan Allah) dan dianggap "rukun Islam keenam" oleh minoriti Muslim Sunnah. Dalam makna yang lebih luas, jihad secara klasiknya ditafsirkan sebagai "berusaha sedaya upaya menggunakan kuasa, ikthiar atau kebolehan diri dalam melawan benda yang tidak dibenarkan."

 


Sejarah

  

--  (610–632)

             Nabi Muhammad s.a.w. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Baginda dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya, bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an, telah dihafal dan direkodkan oleh sahabat baginda.    Semasa zaman ini, Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah kepada orang Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya memeluk Islam, Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim berhijrah ke bandar Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada 622. Di sana, dengan mualaf Madinah (Ansar) dan pendatang Makkah (Muhajirin), Nabi Muhammad s.a.w. mendirikan kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad s.a.w. membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya. Pada 629 baginda telah menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah.


--  (632–650)

           Nabi Muhammad s.a.w. mula berdakwah menyebarkan Islam di Makkah sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda menyatukan puak-puak Arab kepada sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. pada 632, perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai ketua umat Muslim.  Umar Al-Khattab, sahabatNabi Muhammad s.a.w. yang terkenal, mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi Muhammad s.a.w. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh sesetengah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang beranggapan bahawa Ali bin Abi Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab sebagai khalifah, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib. Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai al-khulafā' ar-rāshidūn("Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim berkembang jauh ke wilayah Parsi dan Byzantine. Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644, pemilihan Uthman sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan pembangkang dalam perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula telah dibunuh oleh Khawarij pada 661. Berikutan ini, Mu'awiyah, yang merupakan gabenor Levant, mengambil kuasa dan memulakan Dinasti Umayyah. Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai "Fitnah Kedua".Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama 70 tahun.


--  (750–1258) awal abad ke-9

Tamadun Islam berkembang pesat pada "Zaman Kegemilangan Islam".


--  (750–1258) lewat abad ke-9

Perpecahan dan serangan berlaku.


--  (1030–1918)

Wangsa dan penaklukan baru berlaku.


--  (1918 – kini)

             Kebanyakan dunia Muslim di luar Empayar Uthmaniyyah telah diserap ke dalam empayar Eropah bukan Islam. Selepas kekalahan Perang Dunia Pertama, saki-baki empayar ini telah dibahagikan sebagai negeri naungan atau lingkungan pengaruh Eropah.Abad ke-20 memperlihatkan dunia Islam makin terdedah kepada pengaruh kebudayaan luar. Sebagai gerak balas, banyak gerakan "pemulih" Islam dimulakan.

  


Kebudayaan


--  Masjid

            Masjid ialah tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada komuniti Muslim sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian.

--  Takwim 

            Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah Hijrah pada 622 M, yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad s.a.w. Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (Anno Hegirae) dalam kalendar Islam dengan 19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun.
            Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa Ramadan, dan Hari Raya Aidiladha pada 10 Zulhijah, serentak dengan haji ke Makkah.



Gambar yang lain tentang agama islam

Ukiran pada dinding ini kelihatan seperti daun tetapi ia juga membentuk perkataan, yang menunjukkan ketinggian kesenian Islam pada Alhambra.

Wednesday 30 May 2012

Agama Kristian


Agama Kristian mengaku Yesus menjadi Kristus.


Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע, Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.


Gereja adalah tempat ibadat bagi umat Kristian

  • Jesus Christ
Jesus Christ (8–2 SM hingga 29–36 Masihi),  juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus Kristus", dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang Dilumuran Minyak" (Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani, "Al-Masih" (bahasa Ibrani: יהושע Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar sebagai "Yesus Kristus".
Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Pembaptis, dan mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap Empayar Rom.  Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Yesus.
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit, bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus melakukan mukjizat dan menunaikan ramalan Bible.

  • Hari Easter

Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma ("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.
  • Perjanjian Lama
Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament ) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.

  • Perjanjian Baru 
Perjanjian Baru (bahasa Inggeris : New Testament) adalah kitab kedua dalam kitab suci agama Kristian. Bahagian pertama dikenali sebagai Perjanjian Lama atau Tanakh oleh orang Yahudi.

  • Kritikan
Sepanjang sejarah Kristian, ramai telah mengkritik Kristian, gereja, dan Kristian  sendiri. Beberapa kritikan yang khusus menangani kepercayaan Kristian, ajaran-ajaran dan tafsiran kitab. Sambutan rasmi Kristian kepada kritikan itu digambarkan sebagai Kristian pembelaan suatu pendirian.
Beberapa bidang kritikan termasuk beberapa tuntutan kitab itu sendiri, etika tafsiran Alkitab yang telah digunakan dalam sejarah untuk menjustifikasikan sikap dan tingkah laku yang dilihat oleh pengkritik sebagai jelas nyata, soalan keserasian dengan sains, dan doktrin Kristian tertentu bahawa beberapa mendapati tidak menyenangkan atau tidak munasabah.
  • Reformasi Protestan 
Reformasi Protestan atau Zaman Pembaharuan Eropah adalah pergerakan pembaharuan di Eropah yang bermula pada tahun 1517, tetapi berakar umbi lebih awal daripada itu. Ia bermula dengan Martin Luther dan berkemungkinan ditamatkan dengan Perdamaian Westphalia pada tahun 1648.[1] Pergerakan ini bemula dengan percubaan memperbaharui Gereja Katholik Rom. Kebanyakan penganut-penganut Katholik di barat berasa gusar dengan apa yang mereka pandang sebagai ajaran songsang dan penyelewengan di dalam institusi gereja itu sendiri, terutamanya melibatkan pengajaran dan penjualan indulgence atau pengampunan. Perbalahan utama seterusnya ialah amalan membeli dan menjual kedudukan gereja dan juga pengaruh rasuah di dalam hierarki gereja yang menular hingga ke jawatan Paus.
Pada 31 Oktober 1517, di Saxony (di dalam kawasan yang kini dipanggil Jerman), Martin Luther memakukan 95 Dalil-dalil di pintu Gereja Istana Wittenberg, yang berperanan sebagai papan notis bagi pengumuman-pengumuman berkaitan hal-ehwal universiti.[1] Dalil-dalil ini merupakan hujah-hujah bagi perbahasan yang mengkritik institusi gereja dan Paus. Hujah-hujah yang paling kontroversi mensasarkan amalan penjualan pengampunan dan dasar gereja berkenaan neraka sementara (Purgatory). Golongan pembaharuan yang lain seperti Ulrich Zwingli dan John Calvin kemudiannya menurut jejak langkah Luther. Amalan dan kepercayaan gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini termasuklah neraka sementara, azab kubur, penyembahan Maria, pelantikan dan penyembahan wali-wali, kebanyakan doa pemujaan, amalan pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.
Denominasi Kristian yang paling penting yang mucul hasil daripada gerakan pembaharuan ini ialan Lutheran, Presbyterian dan Anabaptis. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri sebagai Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunya sebaba-sebab dan kesan-kesan yang berbeza di England, yang menyaksikan kemunculan Gereja England. Di sana zaman tersebut dikenali sebagai Reformasi Inggeris. Denominasi Protestan selepas itu, secara amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan pembaharuan ini turut mempercepat Reformasi-Lawan atau Reformasi Katholik di dalam Gereja Katholik.
  •  Asas-asas ajaran dalam ajaran Kristian
Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

 Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa. Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam taman Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden” (sila lihat The book Of Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian Anak Tuhan.

Doktrin anak tuhan (The sonship of God)
Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan. Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16), oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.


Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s Witnesses, Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian, walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga. Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.


Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)

Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam agama Kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.

Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka agung-agungkan.




Agama Buddha


Agama Buddha ialah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Śākyamuni (Siddhārtha Gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi. Agama Buddha menyebar ke benua India dalam 5 kurun selepas Baginda meninggal dunia. Dalam dua ribu tahun yang seterusnya, agama Buddha telah menyebar ke tengah, tenggara dan timur Asia. Kini, agama Buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama, iaitu Theravāda (Bahasa Sanskrit: Sthaviravāda), Mahāyāna, and Vajrayāna. Agama Buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut. Agama Budddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia.
Seorang Buddha ialah seorang yang mendapati alam semula jadi yang benar melalui pelajarannya yang bertahun-tahun, penyiasatan dengan pengamalan agama pada masanya dan pertapaan. Penemuannya dikenali sebagai Bodhi atau "Pemahaman". Sesiapa yang bangun dari "Ketiduran Kejahilan" secara langsung yang mengenali alam semula jadi nyata yang sebenar dikenali sebagai Buddha.
Śākyamuni dikatakan sebagai Buddha yang terkini daripada banyak Buddha. Terdapat banyak Buddha akan dilahirkan selepas Śākyamuni dan banyak Buddha dilahirkan sebelum Śākyamuni. Mengikut ajaran Buddha, sesiapa dapat mempelajarinya dan juga memahami alam semula jadi nyata yang sebenar seperti Buddha dengan menurut kata-kata Buddha yang dikenali sebagai "Dharma" dan mempraktikkannya dengan mengamalkan kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang bersih. Secara keseluruhan, tujuan seorang menganut agama Buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan. Bagi mencapai matlamat ini, penganut Buddha harus membersihkan dan melatih minda sendiri dengan mengikut "Lapan Jalan Tepat", atau "Jalan Tengah" supaya memahami kenyataan yang sebenar lalu mencapai kebebasan dari segala kesusahan, iaitu nirodha atau nirvāna (Pāli nibbāna).


                                                   
                  Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia     

                              Sitting Buddha, Wat Pho, Bangkok         

Gautama Buddha

Menurut semua aliran agama Buddha, Buddha yang terkini ialah Siddhārtha (Sanskrit) atau Siddhattha (Pāli) Gautama (Pāli: Gotama) yang dilahirkan di hutan kecil Lumbinī yang berdekatan dengan pekan Kapilavastu (Pāli: Kapilavatthu), iaitu ibu kota kerajaan Śākyas (Pāli: Sakyas). Lumbinī terletak di selatan Nepal. Kedudukan ini dicatatkan pada tiang Raja Aśoka.
Ayah Siddhārtha ialah Śuddhodana (Pāli: Suddhodana), iaitu ketua Śākyas. Ibu Buddha meninggal dunia selepas 7 hari Buddha dilahirkan. Peramal Asita meramalkan bahawa Siddhārtha akan menjadi raja yang unggul atau orang suci. Ayahnya telah cuba memastikan Siddhārtha tidak akan tidak puas hati dengan kehidupan yang sedia kerana ramalan Asita. Baginda menganggap ketidakpuashatian Siddhārtha mungkin menyebabkannya menjadi sami. Walau bagaimanapun, Siddhārtha telah mendapati bahawa setiap orang yang dilahirkan akan menjadi tua, sakit dan akhirnya meninggal dunia dengan melihat seorang tua, sakit, mayat dan seorang suci apabila baginda berumur 29 tahun. Baginda mengambil keputusan untuk menjadi sami untuk mencari penyelesaian untuk kesusahan dalam kehidupan.
Siddhārtha cuba menyekat hawa nafsunya dan belajar daripada dua orang Brahmin. Baginda berjaya mencapai tahap yang tinggi dalam pertapaan tetapi tidak mencari penyelesainya untuk kesusahan dalam kehidupan walaupun kemampuannya sudah melebihi gurunya. Baginda dan sekumpulan teman telah meninggalkan gurunya lalu cuba menyeksa diri. Selepas enam tahun, baginda hampir meninggal dunia akibat kelaparan tanpa sebarang kebaikan yang diperolehnya. Dia berhenti menyeksa diri dan menumpukan perhatiannya dalam pertapaan. Akhirnya, Siddhārtha menemui "Jalan Tengah", iaitu jalan yang tidak menyeksa diri atau menjadikan diri leka dalam hawa nafsu. Untuk menguatkan badan, baginda menerima susu lembu yang dibekalkan oleh seorang penternak lembu yang melalui tempat itu. Seterusnya, baginda duduk di bawah pokok Bodhi lalu bersumpah dia tidak akan bangun sehingga menemui kebenaran. Baginda menjadi seorang Buddha apabila umurnya 35 tahun. Baginda bermula untuk menyebarkan ajaran Buddha kepada semua orang di bahagian utara timur India.


Kemasukan agama Buddha ke dalam Asia Tenggara dan Asia Timur.

Perkembangan agama Buddha sama ada di Asia Tenggara mahupun di Asia Selatan berkaitan dengan proses Indianisasi di kawasan-kawasan tersebut. Hal ini disebabkan di dalam proses Indianisasi tersebut, berbagai-bagai aspek kehidupan dari India telah dibawa masuk ke Asia Tenggara dan Asia Timur termasuklah amalan agama mereka iaitu Hindu dan Buddha. Ajaran agama Buddha berasaskan ajaran Sindharta Gautama Buddha. Pada peringkat awal, agama ini berpusat di India dan telah disebarkan oleh Maharaja India yang terkemuka seperti Maharaja Asoka dan raja-raja Kaniskha. Agama Buddha tersebar ke Asia Tenggara dan Asia Timur amnya terbahagi kepada 2 fahaman iaitu fahaman Buddha Theravada dan fahaman Buddha Hinayana. Apa yang didapati, penyebaran agama Buddha ini telah mendapat tempat di Asia Tenggara terutama di Tanah Besar Asia Tenggara dan di Asia Timur. Jika dibandingkan dengan penyebaran agama Hindu, agama Buddha telah mendapat tempat yang lebih berbanding agama Hindu. Agama Hindu lebih mendapat tempat daripada golongan bangsawan dan raja-raja. Hal ini sebab di dalam fahaman agama Hindu, wujud konsep kasta dan perbezaan taraf. Golongan bangsawan dianggap mulia dan mempunyai kaitan dengan dewa-dewa. Justeru itulah, agama Buddha telah mendapat tempat di kalangan masyarakat tempatan kerana agama Buddha menekankan kesamarataan dan tidak ada perbezaan taraf ataupun hierarki sosial.

Di Asia Tenggara, fahaman agama Buddha yang tersebar di sini ialah agama Buddha fahaman Theravada. Ajaran agama Buddha Theravada dikatakan lebih mirip kepada fahaman agama Buddha yang asal. Ajaran ini telah tersebar hingga ke sebelah Timur. Antara negara-negara yang paling kuat menerima pengaruh agama ini ialah Thailand, Myanmar, Kampuchea dan Laos. Kesan-kesan tinggalan ajaran ini di negara-negara tersebut masih wujud misalnya bangunan Angkor Wat di Kampuchea. Kedatangan ajaran agama Buddha ke Tanah Besar Asia Tenggara sebenarnya telah berlaku pada kurun-kurun terawal masihi lagi. Hal ini terbukti melalui kesan-kesan tinggalan kerajaan-kerajaan klasik seperti Dvaravati (Mon) dan Funan. Kesan tinggalan kerajaan ini menunjukkan kekuatan pengaruh Buddha telah menular di tapak-tapak tersebut.

Sejak dari abad ke-16 lagi, Kerajaan Mon didapati tanggungjawab menyebarkan agama ini hingga ke negara Myanmar. Agama ini tersebar dengan luas sekali juga atas sokongan daripada golongan pembesar dan raja. Misalnya, usaha yang dimainkan oleh pemerintah Thai yang bernama Lopburi yang telah meminta rakyatnya supaya menukar fahaman-fahaman klasik seperti animisme dan kepercayaan kepada matahari kepada agama Buddha. Di Myanmar, agama Buddha telah mempengaruhi sebahagian daripada sistem kehidupan masyarakatnya. Undang-undang biara atau dikenali dengan Sangha telah dibentuk di Myanmar. Raja-raja Myanmar juga kini bertindak sebagai penaung kepada agama Buddha. Raja-raja juga menggalakkan pembinaan kuil Buddha dengan lebih banyak.

Bagi masyarakat di Asia Timur, mereka lebih terdedah kepada fahaman ajaran Buddha Hinayana. Secara keseluruhan, intipati ajaran ini agak berbeza daripada fahaman yang asal. Hal ini kerana fahaman ini telah mengalami asimilasi dan penyesuaian dengan cara hidup masyarakat tempatan. Namun begitu, intipati asal ajaran Buddha tidak diubah. Perkembangan ajaran Buddha Hinayana didapati bermula di China sejak abad ke-3. Oleh sebab ajaran Buddha mudah difahami dan tidak menekankan hidup berhieraki maka penyebarannya lebih luas.

Selain itu, fahaman agama ini digunakan untuk menenang keadaan apabila negara di dalam keadaan huru-hara. Namun begitu, penyebaran agama Buddha ini mendapat tentangan daripada ajaran tempatan yang lain seperti Confucius dan Shintoisme. Pemerintah China juga didapati menggunakan petua ini untuk menenangkan keadaan huru-hara. Di Jepun, proses asimilasi dengan ajaran Shintoisme dilakukan.

Secara keseluruhannya, ajaran Buddha mendapat sambutan baik di Asia Tenggara. Namun begitu, penyebaran ini di Asia Timur mendapat sedikit tentangan. Agama Buddha dianggap sebagai ajaran yang bersifat sederhana.








Agama Hindu


Hinduisme (bahasa Sanskrit: Dharma Sanātana (abadi), juga dikenali sebagai Dharma Vaidika (Veda)) ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari subbenua India dan kawasan sekeliling yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utama. Kitab pertama agama ini ialah Veda dan dengan berlangsung masa, banyak kitab yang lain juga termuncul.
Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo monistik yang agung (Brahman), sedangkan banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan), umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut (angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India.

Kepercayaan Hindu
Hindu seringkali dianggap sebagai agama yang beraliran politeisme kerana memuja banyak Dewa, namun tidaklah sepenuhnya demikian. Dalam agama Hindu, Dewa bukanlah Tuhan tersendiri. Menurut umat Hindu, Tuhan itu Maha Esa tiada duanya.Dalam salah satu ajaran falsafah Hindu, Adwaita Wedanta menegaskan bahawa hanya ada satu kekuatan dan menjadi sumber dari segala yang ada (Brahman), yang memanifestasikan diri-Nya kepada manusia dalam pelbagai bentuk.Dalam Agama Hindu ada lima keyakinan dan kepercayaan yang disebut dengan Pancasradha. Pancasradha merupakan keyakinan dasar umat Hindu. Kelima keyakinan tersebut, iaitu:
  1. Brahman - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
  2. Atman - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
  3. Karmaphala - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
  4. Samsara - percaya dengan adanya proses kelahiran semula (kelahiran semula)
  5. Moksa - percaya bahawa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia
Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antaraAtman (iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).
Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu
Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:
  • Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.
  • Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.
  • Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.






Kitab-kitab utama

Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan. Kitab-kitab ini juga berserta dengan Upanishad atau ajaran asas agama Hindu. Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manu menggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial. Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen.
Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu. Rama merupakan simbol dharma (amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan adiknya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyetHanuman. Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang anasir yang jahat yang tamak dan mempunyai sepuluh(10) kepala (RAVANAN). Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna.

Animisme


Kepercayaan animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.
Kepercayaan animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi ini, (seperti kawasan tertentu, gua, pokok atau batu besar), mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama, antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan, dan penunggu. Kadang-kala semangat ini juga dianggap roh leluhur mereka yang telah meninggal yang kini menetap ditempat sedemikian.
Dianggarkan bahawa di Kalimantan Barat masih terdapat 7,5 juta orang Dayak yang tergolong pemeluk animisme.
Selain daripada semangat dan roh yang mendiami di tempat-tempat yang dinyatakan di atas, kepercayaan animisme juga mempercayai bahawa roh orang yag telah mati boleh masuk ke dalam tubuh haiwan, misalnya suku Nias, di sebuah pulau yang terletak di barat Sumatera mempercayai bahawa seekor tikus yang keluar masuk dari rumah merupakan roh daripada wanita yang telah mati beranak. Roh-roh orang yang telah mati juga boleh memasuki tubuh babi atau harimau dan dipercayai akan menuntut bela ke atas orang yang menjadi musuh simati pada masa hidupnya. Kepercayaan ini menyerupai dengan kepercayaan kelahiran semula seperti yang terdapat pada agama Hindu.


Apakah itu agama?


Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

  • Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.

  • Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.

  • Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.

  • Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.